Selasa, 28 April 2009

Geng!Betui!Betui!Betui!!!!


Go For IT - Lawatan ke Les Copaque Production Sdn. Bhd. (iVisit).

Adalah saya dengan sukacitanya merujuk kepada perkara di atas.

2) Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Maklumat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) akan menganjurkan satu lawatan ke Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. (Produksi filem "Geng" dan "Upin & Ipin"). Untuk makluman pihak Y. Bhg. Datuk/Prof. Madya Dr./Tuan/Puan, objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ICU JPM mengenai persembahan taklimat yang terbaik dan berkesan melalui penggunaan perisian dan pengurusan maklumat dalam sesuatu persembahan. Di samping itu, lawatan ini juga menjadi salah satu daripada aktiviti yang perlu dicapai dalam program "Go For IT".

Butir-butir lanjut mengenai lawatan ini adalah seperti berikut:

Tempat Lawatan : Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
Shah Alam, Selangor.

Tarikh Lawatan : 28 April 2009 (Selasa)

Aturcara Lawatan :

8.45 pagi : Anggota ICU JPM berkumpul di Core 8 (Blok Timur)
9.00 pagi : Bas bertolak ke Les' Copaque Production
Sdn. Bhd., Shah Alam
10.00 pagi : Tiba di Les' Copaque Production Sdn. Bhd.,
Shah Alam
10.15 pagi : Lawatan bermula
12.00 tgh : Bertolak ke Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya




Jangan marah!!!wah sonok nya dapat p ni..teruja banget..tapi tgk diaorg buat keje susah dan cerewet ...bagi yang minat seronok la kan...apa2 pun chayok!chayok!company org Melayu..






Tiada ulasan: