Khamis, 20 November 2008

Semalam dan hari ini...

Alhamdullilah hari ini pun aku selamat hantar anak dan pergi ke opis..nanti bila pukul 5 ptg je hati aku dah tak keruan dah..berdebar semacam je…nak kahwin pun tak berdebar macam ni kui kui kui ..nasib baik Hubby dan kawan2 kat opis ni bagi moral support..cool sket rasa..semalam time nak masuk simpang ke rumah pengasuh aku dah kena hon kuat giler dengan sorang budak pompuan,bwk kete merah menyala..kereta apa aku tak perasan ..tapi dah modified sporty sket…asalnya dia duduk belakang aku..aku berhenti kat simpang nak bagi laluan kereta yang nak kuar dari simpang tu banyak jgk 2-4 buah...maklumla jalan nak masuk ke rumah pengasuh (rumah flat) sempit sebab kereta parking kiri dan kanan jalan..budak pompuan tu agaknya tak sabar, lepas hon aku dia potong masuk terus simpang…tak pe la dia nak cepat sangat biarla dia pergi dulu..aku budak baru belajar ni biarlah beralah je..ahakssss..

Semalam balik rumah aku tensen betui dengan anak 2 orang ni..Ammar asyik nangis..main2 nangis…mainan tak ikut cakap dia nangis…sket2 aduh!!!akit!!!!akit!!!..pastu jerit2.Amir plak nak tido atas pangkuan ..letak je dalam buaian bangun,nangis! Dukung tido plak dia..pastu tengok Ammar main surat khabar, habis bertaburan surat khabar dalam rumah…tengok plak keadaan rumah yang tak habis berkemas lagi (maklumla baru pindah rumah)…pikir plak baju dalam mesin tak jemur lagi, bilik air dah kotor tak sempat cuci lagi,baju kerja belum gosok,baju satu bakul belum lipat lagi..aduh bikin otak tensen!!!!...mula nak hangin satu badan ni..nasib baik ada Astro OASIS time2 maghrib banyak zikir2 …jadi aku pasang la kuat2 sket bagi hati tenang sket…masuk isya’ terus solat isya’..letak je Amir dalam buaian lantak lah nak nangis pun..Hubby pun sampai lambat semalam pasal hari hujan, bawak motor plak tu..last2 malam tadi aku tidur pukul 12.30 menyiapkan keje..aku pun nak ucapkan terima kasih la kat Hubby pasal tolong aku pegang Amir dan menyapu sampah ..itupun nyaris2 nak gaduh dah,dia tak bagi aku basuh bilik air katanya nanti nak panggil indon hujung minggu cuci bilik air, masalahnya MAKCIK dah tak tahan nak mandi dalam bilik air kotor tu…hu hu hu hu..

Bilangan pengunjung blog aku pun dah makin bertambah ni…terima kasih la pada kawan-kawan yang sudi mengunjungi blog aku ni…nak lawan dengan blog wandcni dan citrajiwa ni…jangan mare!..

Hari ni kat opis bos suruh aku drafkan sket2 spec tender untuk penyelenggaraan sistem..ada contoh tapi itu penyelenggaraan server…aku pun tak pernah terlibat dan aku tak paham pun apa yang bos dok citer2 tu..tapi angguk je la…hehehe..kalau sediakan spec untuk beli pc,network,printer ke pernah la aku buat masa kat poli..tapi tu sebutharga je bukan tender..terpaksa la aku call kawan2 tanya kot2 diaorang pernah buat…bleh la aku tengok contohnya.baru la dapat idea sket..

Sekarang aku sedang membaca buku..tajuknya Setengah BERISI Setengah KOSONG..penulisnya PARLINDUNGAN MARPAUNG pinjam dari wandcni…katanya buku ni agar minda sentiasa berfikiran positif dan hidup lebih bermakna…setakat ni aku tertarik dengan kata-kata dalam buku ni (baru 31 msurat aku baca)..katanya “Bukan titik yang menyebabkan tinta,tetapi tinta yang menyebabkan titik.Bukan cantik yang menyebabkan cinta,tetapi cinta yang menyebabkan cantik.”


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak2 macam tu la kan perangai...kadang2 menguji kesabaran jugak...:D